KESIMPULAN
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan kutuhan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran dalam
masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Selain itu ,
perpaduan juga adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa
perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak
lagi dapat hidup dalam keadaan aman dan damai. Perpaduan dapat dilahirkan
melalui hubungan baik sesama jiran. Jiran yang baik ialah jiran yang berjaya
memupuk semangat tolenrasi, saling mempercayai dan mengamalkan perkongsian
pintar sesama mereka. Sekiranya hal ini diabaikan, maka lambat-laun akan
tercetuslah bibit-bibit permusuhan yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan
perpecahan. Oleh itu , semangat kejiranan memainkan peranan yang amat penting
dalam menjana kehidupan setempat yang aman dan harmoni.
Semangat
kejiranan merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya masyarakat di
Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar
sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan bukan
sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di
negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia
terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana
rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas
pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa penting dan besarnya peranan jiran
dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara
yang makmur dan sejahtera sahaja yang akan dapat meneruskan agenda pembangunan
yang lebih gemilang pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment