Sunday, 12 August 2018


HAK JIRAN YANG PERLU DIPELIHARA

Rasulullah s.a.w. selalu dipesan oleh malaikat Jibril supaya berbuat baik kepada jiran. Dalam sebuah hadis sahih; diriwayatkan daripada Aisyah r.a. Baginda Mulia telah bersabda: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka Jibril akan menjadikan jiran itu sebagai waris (kepada jirannya).” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak sempurna iman, jika kamu tidur dalam kekenyangan sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan.
Kes sosial yang pertama dibicarakan di mahkamah Allah Subhanahuwata’ala di hari kiamat ialah tentang jiran, samada kita mendakwa jiran atau jiran yang akan mendakwa kita. Misalnya jiran kita uzur, miskin dan kita tidak pernah menolongnya. Dalam kes sepetti ini, jiranlah yang akan mendakwa kita di akhirat nanti.

At-Tabrani meriwayatkan daripada Jabir r.a. daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda; “Jiran itu 3 golongan iaitu, jiran dengan 1 hak, iaitu jiran yang musyrik. Dia hanya ada hak kejiranan. Kedua, jiran dengan 2 hak iaitu jiran yang beragama Islam. Dia ada hak kejiranan dan ada hak Islam dan yang ketiga jiran dengan 3 hak iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Dia ada hak kejiranan, ada hak Islam dan ada hak hubungan kekeluargaan.”

Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. Sahabat bertanya, mengapa demikian. Jawab Baginda Rasulullah SAW, “Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.






Nabi menyatakan lagi dalam hadisnya:

 Jika ia meminta  tolong kepadamu, Engkau akan menolongnya. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya. Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya.  Jika ia sakit engkau akan menziarahinya, Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya,  jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya. Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit dari makanan itu. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya. Jika engkau tidak mahu
memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah mem biarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut.


HAK-HAK JIRAN DALAM ISLAM

Sebagai jiran kita, masing-masing ada kewajipan dan ada hak. Abdullah Nasih `Ulwan dalam bukunya Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam, ada memberikan empat asas yang semua pihak patut fahami, malah mengamalkannya:


a) Jangan menyakiti jiran

         Dasar ini memberi erti tidak boleh sama sekali melakukan zina, mencuri, mengutuk dan mencampakkan sampah sarap ke rumah jiran atau membuang perut ikan di dalam longkang ketika proses memasak sehingga bau busuk melepasi hingga ke rumah jiran, lalat dan langau yang datang menghurung sampah sarap dan perut ikan juga boleh menggangu ketenteraman jiran . Jadi perbuatan buruk terhadap jiran anda itu amatlah salah. Leih dasyat lagi apabilan terdapat jiran yang sanggup melakukan zina atau melakukan pencurian terhadap jiran adalah sepuluh kali ganda lebih buruk daripada melakukannya kepada pihak lain.









b) Memelihara jiran

Setiap daripada kita wajib memelihara kepentingan jiran. Sikap ini menandakan hati yang bersih. Sekali lagi Nabi SAW mengingatkan umatnya agar sentiasa

مَنْ اَقرَّ عَيْنَ مُؤْمِنِ اَقَرَّ اللهُ عَيْنَهُ يَوْمَ اَلْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barang siapa memberikan kegembiraan kepada seorang mukmin, maka Allah akan memberikan kegembiraan kepadanya pada hari kiamat”.

Jika kita menjaga kepentingan mereka umpamanya memantau rumahnya ketika jiran tetangga pulang ke kampung halaman semasa musim perayaan atau cuti panjang daripada diceroboh oleh pencuri dengan memaklumkan jiran tersebut lalu terus melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis, kita sebenarnya telah berbuat baik kepada jiran dengan menjaga kepentingan mereka. Bayangkan situasi ketika hari kiamat, tiada siapa yang boleh membantu kita kecuali Allah SWT. Dunia menjadi kelam kabut, manusia dan alam seluruhnya menjadi seperti debu-debu yan11g berterbangan. Pada saat itulah kita mengharapkan pertolongan Allah. Penulis sangat yakin dan percaya bahawa Allah SWT tidak pernah memungkiri janjiNya


c) Berbuat baik kepada jiran

       Dengan maksud jika jiran bergembira seperti dapat menantu, anak-anak lulus dengan baik dalam peperiksaan atau pelajaran, maka ikutlah sama memberikan tahniah dan jika mereka berduka kerana kematian keluarganya, berilah takziah, walaupun bukan seagama. Malah jika mereka ditimpai sakit ziarahilah mereka. Jika anda bertemu berilah salam atau sapalah mereka. Ertinya, jika ada keperluan mereka kepada pertolongan, mereka hendaklah dibantu. Dalam hal ini nabi Muhammad s.a.w. meletakkan mereka yang menghormati jiran itu sebagai tanda orang yang beriman.

No comments:

Post a Comment